Secara ringkasnya, cara terbaik untuk membuat keputusan dalam pemilihan antivirus adalah:
1. Tahap penggunaan ruang dan memori komputer
Antivirus yang menggunakan terlalu banyak ruang dan memori tidak sesuai untuk komputer yang mempunyai memori yang rendah. Program antivirus seperti diketahui umum menggunakan ruang data yang banyak. Semua komponen penting dalam antivirus kebiasaannya bergerak serentak dan penggunaan memori juga akan tertumpu kepadanya.
2. Kemudahan kemaskini (update) yang pelbagai
Kemaskini paling berkesan dan mudah semestinya dari internet. Saya yakin antivirus sekarang sudah mempunyai fungsi kemaskini dari internet. Secara automatik ataupun manual, kedua-duanya memang mudah. Cuma perlu beberapa klik dan komputer kita dilindungi dengan kemaskini terbaru.
Namun, altenatif kemaskini lain seperti download folder yang mempunyai komponen juga boleh dilakukan. Kali pertama saya kemaskini menggunakan folder adalah ketika menggunakan AVG Antivirus.
3. Pengalaman dan pembacaan
Try and error! Itulah gambaran sebenar untuk mencuba sesuatu yang baru. Pengalaman ini memberi panduan semasa pemilihan atau perbandingan sesuatu antivirus. Begitu juga pembacaan terutamanya di internet. Salah satu website popular membincangkan antivirus adalah http://www.av-comparatives.org. Boleh rujuk dan baca lagi di sana.
4. Harga yang mampu milik
Ini juga perlu diberi keutamaan. Ukur baju di badan sendiri. Bagi saya, cukuplah sekadar menggunakan antivirus yang kita mampu beli. Saya pernah membeli Kaspersky Antivirus pada harga RM60 untuk satu lesen pengguna. Lesen sah sehingga setahun dan saya berpuas hati. Jika tidak mampu beli, cukup sekadar menggunakan antivirus percuma seperti AVG dan Avira Antivir. Ini sudah memadai untuk melindungi komputer di rumah.
5. Kekuatan dari pelbagai aspek
Jika sudah menggunakan sesuatu antivirus, terokai lebih luas fungsi-fungsi di dalamnya. Gunakan semuanya dan kita akan ketahui kekuatan sebenar antivirus tersebut. Kemudian buat perbandingan dengan yang lain dan akhirnya kita akan ketahui yang mana satu sesuai dengan ‘jiwa’ komputer kita.
