Ajarkanlah Walaupun Satu Ayat

27 December 2011

untuk semua kawan2 saye

bacalah wahai kawan dan sahabat ku ..... =)
PENSEL : Saya minta maaf.
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.
PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.
PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

dan hayatilah dalil ini... =)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:71)

sesungguhnya allah menciptakan manusia untuk saling bantu membantu dan tolong menolong.. =)