Ajarkanlah Walaupun Satu Ayat

02 January 2012

Bismillahirrahmanirrahim

assalam..

huh.. letih semalam pun dah hilang
alhamdulillah.. selamat tiba ke destinasi.. pagi ni nak meneruskan lagi perjalanan ke rumah embah..
so.. harap2 tak mengantuk dalam pemanduan aku k.. 
kot sapa2 nak call temankan aku selama sejam 45 minit leh gak.. hahaha
my life till now ?
ahahah.. honestly.. there are many2 colours now.. 
who's put it ? 
that my secret.. untill she gimme the answer..
why ?
cuz bagila masa untuk dia wat critical thinking first..
why ?
cuz its all about future.. haha
if she refuse ?
im ready for it and when im arrived at LCCT.. sy telah jumpa buku yg patut dibaca.. heheh =)
dan sebelum tido i was read entirely.. 
so... V-V

Sinopsis Bacaan Malam Tadi Sebelum Tido..

Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”

“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.
“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.

Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.

Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!

Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima.Dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat kita fahami. Yang penting anda kenal dengan diri anda dan apa keampuan anda. =) peace yo.. 

p/s: my english is very2 broken ? hahaha.. tak pelah.. seperti kata seorang professor di UMS hari tu pada saya... "kalau awak nak amik master, awak kene belajar bercakap dalam b.i mulai sekarang, salah pun tak pa nanti kita betulkan sikit2.. sebab penulisan tu perkara kedua, komunikasi tu perkara asa, jika kamu dah ada asas dalam penulisan bagi saya tiada masalah untuk kamu bercakap dalam bahasa inggeris".. jadi to all readers.. jika salah b.i saye tolong la tegur ye.. jangan kondem.. =P