Ajarkanlah Walaupun Satu Ayat

18 December 2010

Cara berkesan buang virus

Membuang virus menggunakan Antivirus Rescue Disk




Antivirus Rescue Disk adalah jalan terakhir kepada masalah virus pada komputer. Ia tidak menggunakan sistem operasi secara terus tetapi hanya menggunakan boot CD. Komputer anda akan menjalankan sistem menggunakan boot CD ini sahaja tanpa Windows. Selain menjimatkan masa dan ruang, Rescue Disk dapat mengesan virus dengan lebih terperinci dalam keadaan virus yang tidak aktif. Ini kerana virus biasa aktif jika sistem operasi seperti Windows berjalan.

Secara ringkas, komputer anda akan scan virus hanya menggunakan CD sahaja!
Kaedah ini biasa dilakukan pada komputer yang dijangkiti virus atau malware yang tidak dapat dibuang pada sistem normal atau safe mode. Contohnya malware dari kumpulan Sality seperti Sality-AM, Sality-D (Sophos). Malware Sality akan menyebabkan safe mode, task manager dan regedit registry tidak berfungsi.

Jika anda diserang virus ini, antivirus pada komputer  secara automatik tidak akan berfungsi dan paling mengejutkan, anda tidak akan dapat membuka sebarang website yang berkaitan antivirus!

Dengan menggunakan Rescue Disk, fungsi-fungsi pada antivirus asal tetap sama. Ia mampu mengesan virus, rename virus dan juga membuang virus-virus tersebut. Paling menarik ianya percuma untuk dimuat turun (download) di internet. Dowload fail format “.iso” dan burn pada CD kemudian run pada komputer. Contoh-contoh antivirus yang mempunyai Rescue Disk adalah:

1. Kaspersky Rescue Disk 10
2. F-Secure Rescue Disk
3. BitDefender Rescue Disk
4. Avira Antivir Rescue Disk
5. AVG Rescue Disk