20 mei 2011, jam 4.30 petang.. aku telah mendapat panggilan telefon daripada pakcik kamal, dia bercerita tentang apa yang telah berlaku pada mak aku.. pada mulanya aku tak merasa apa2 kejutan dalam diri aku.. tetapi apabila pakcik berkata
" MAK NAK JUMPA KAU"
aku pun jadi pelik dan rasa tak sedap hati..
serabut aku memikirkan apa yang dah berlaku sebenarnya..
aku terus pergi beli tiket bas di Stesen Tanah Merah..
PAncaran Matahari membawa aku pergi ke Kuala Lumpur..
dan dengan hati yang tak pernah nak ikhlas.. dengan jiwa yang tengah kacau.. sunyi dan keseorangan.. aku pun gagah menuruni bas pada jam 4.30 pagi di stesen jalan duta..
hmm.. tak da sesiapa kat stesen.. hanya ada orang yang sedang menyapu sampah.. mencari botol dan tin tin kosong.. aku kesian melihat gelagat orang mencari rezeki.. aku doakan semoga dia dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah...
aku cari "pot" untuk aku tido..
tersangat letih dan bebai.. tak tau napa.. padahal dalam bas tido gak.. hmmm.. tah la.. mungkin hati tak pernah nak rasa ikhlas.. biarlah tuhan yang menentukann...
sebelum aku bertolak MAMA berpesan suruh sabar banyak2 dan mionta maaf bila dah jumpa mama nanti..
terbukak ckit hati dan keikhlasan aku unutk berjumpa dengan mama..
sayangku UNA pun berpesan.. dia akan sentiasa disisi...
dia menemani aku sepanjang perjalanan walaupun tak sampai ke destinasi.. sebab dia letih.. d
dan nak pergi aktiviti mendaki gunung jerai pada esok harinya..
jam 6.50 pagi.. aku berjalan dan tahan utk ke KL Sentral...
hmmm.. ramai org dah pagi2 nak pegi kerja.. bagus nya aku tengokk..
aku amik tren jam 7.15 utk ke Hosp Sungai Buloh..
tepat jam 7.50 aku sampai kat hospital..
aku tunggu dan duduk di luar macam org bodoh..
sebab waktu lawatan pada jam 9.30 rupanya...
tapi tulis kat board 8.30.. hmmmm.. bebai dah pagi2..
dipendekkkan kisah sepanjang perjalanan..
bila tiba di WAD 36
aku sayu melihat MAMA yang sedang terbaring lemah.. dan aku terus datang dan menyapa mama..
mama nampak lemah sangat tapi mama masih boleh tersenyum..
yang lagi bertambah sedih.. pakcik kamal bawak 2 org adik2 aku
WAN (darjah 2) n NINA (4 tahun)
depa lari dan terus peluk aku.. dan tiba2 aku menangis sebab aku rindu sangat kat adik2 aku.. mereka dah besar.. dah makin comel.. dan nina cakap pada aku..
"ABG MUIZ NINA DAH PANDAI BACA BUKU"
wan pulak berkata
"IWAN AJA NINA BACA BUKU"
aku terharu melihat adik aku .. walaupun masih kecil tapi dah faham bagaimana utk membantu adik yang paling kecil.. aku berdoa agar dia meeruskan cara yang sebigitu .. =).. hilanglah sedikit risau aku..
aku bersembang dengan adik2 aku sementara menunggu NURSE datang merawat MAMA..
aku bersembang ngan adik2 aku.. NINA tak lepas memeluk aku.. aku rasa sangat selesa.. NINA kata dia seronok ramai kawan kat tadika.. MAMA daftarkan dia tadika awal.. sebab NINA yang minta nak sekolah.. aku terharu .. sebab NINA dengar nasihat aku.. =).. dia kata "NINA NAK JADI CIKGU MACAM ABG MUIZ" menangis lagi aku ... hmmm. tak malu menangis kat hospital.. IWAN pula kata.. "ABG MUIZ BALIK LA IWAN NAK BELAJA MAIN BOLA" =)
aku bukan tak nak balik.. insya allah bila keadaan dah reda.. aku berjanji aku akan balik juga...
DAN... KISAH BERMULA..
aku datang di katil MAMA...
dengan lemah MAMA bangun dan memeluk aku..
MAMA menangis.. aku pun menangis...
aku pun CIUM pipi n dahi MAMA....
aku minta maaf sanagt2 kat MAMA...
bayangkan... dah berapa tahun aku tak cium MAMA...
tak peluk MAMA...
10 tahun...
lama kan...
dan berapa tahun aku marah MAMA aku... 5 tahun...
hmmm... aku minta maaf sanagt2 pada MAMA...
lepas itu... MAMA pun berkata pada aku... berpesan pada aku...
Muiz
"MAMA minta maaf kalau MAMA buat salah.. MAMA tau MAMA yang bersalah. dan MAMA tau MUIZ marah pada MAMA, MAMA minta maaf sangat2.. MAMA tak minta semua perkara ini terjadi.. MUIZ kena faham... apa yang mama minta, MUIZ maafkan MAMA.. "
MUIZ
"muiz dah ada siapa-siapa yang muiz suka ? kalau muiz dah ada suka siapa-siapa atau pun dah sayang pada siapa-siapa muiz janji ngan MAMA boleh tak ? muiz kena janji MUiz JAGA DIA BAIK2 MACAMMANA ABAH JAGA MAMA DULU.. mama tau mama buta hati dan tak nampak sejauh mana ABAH sayang pada mama.. mama minta maaf sangat2 pada abah.. MUIZ kena janji.. MUIZ LAYAN DIA SEPERTI DIA HANYA ADA MUIZ SEORANG< JANGAN SESEKALI MUIZ KECEWAKAN DIA, JANGAN SESEKALI MUIZ buat macam apa yang MAMA buat pada ABAH..
MUIZ
muiz jaga diri baik-baik..
muiz belajar rajin-rajin..
muiz jangan sesekali abaikan kesihatan ..
muiz kena jaga tingkahlaku dan perangai.. hormat orang.. hormat orang yang lebih tua... muiz kena ingat.. hidup ni kadang2 bukan kita yang tentukan.. dan bukan pasangan kita yang tentukan.. allah yang tentukan... akalu allah nak bagi kesusahan pada kita.. muiz terima seadanya.. sebab kesusahan itu yang akan bagi ketabahan pada muiz.. mama tak pernah nak fikir semua benda ni.. mama silap dulu.. mama tau abah sayang pada mama.. mama tak nak rasa kesusahan.. mama tak pernah nak faham apa iitu hidup susah.. mama hanya mahu senang.. tanpa berfikir apa yang telah abah korbankan untuk mama...
mama silap.. mama minta maaf...
muiz.. jaga diri baik2.. sekejap lagi ayah tiri nak datang.. lebih baik keluar sekarang...
Ya ALLAH..
dengan langkah yang sangat lemah bercampur marah..
baru aku sedar kenapa semua perkara itu berlaku...
baru aku tahu yang selama ini kesusahan yang menjadi punca..
kesenangan yang dikejar.. sehingga kekasih lama dicari... dan mininggalkan orang yang telah banyak berkorban unutk keluarga..
tapi ..
aku juga mahu memohon ampun dan maaf kerana memarahi segala tindakan mama selama ini... aku tahu aku bersalah.. dan sanagt bersalah... tetapi.. apakan daya... seseorang yang berkorban sanggup ditinggalkan.. AKU TAK PAHAMMMMMMMM!!!!!!
tepat jam 10.30pagi... aku meninggalkan hospital sungai buloh..
dan aku terus mengambil trennnn..
pergi ke BUKIT JALIL..
dan tepat jam 12.45tgh..
im going home..
KEDAH DARUL AMAN
the end of the story..
ijust want to tell a little bit word...
"TQ MOM"
sebab melahirkan aku ke dunia yang indah ini....
