Adam Terpikat
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat
di hati serta menjadikannya
orang yang paling asyik
yang tiada taranya dalam sejarah,
iaitu kisah cinta dua insan
ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik
dari segala yang cantik,
yang paling jelita dari segala yang jelita,
dan yang paling harum dari segala yang harum.
dibisikkan oleh hati
berseru:
“Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini?
Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?”
Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
suatu hari dia menjawab
dijadikan untukmu
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu
Tetapi suaranya....
tidak pernah di dengar suara sebegitu indah
yang keluar dari bibir mungil itu.
Suaranya membangkit rindu,
gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan
sedar bahawa nikmat itu datang dari
Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan.
tahu bahawa Allah SWT itu cantik,
suka kepada kecantikan.
Jadi, kalau cinta kepada kecantikan
berertilah pula cinta kepada Tuhan.
Jadi cinta itu bukan dosa
tetapi malah suatu pengabdian.
Dengan mengenali cinta,
makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.
Cinta kepadanya bererti cinta kepada Pencipta.
menghindarnya itu
memanglah suatu perbuatan wajar dari
sikap malu seorang gadis yang berbudi.
Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”.
.