Ajarkanlah Walaupun Satu Ayat

17 December 2010

Risiko Gelombang Telefon Bimbit






 RADIASI yang dihasilkan gelombang daripada stesen pemancar oleh ketiga-tiga pengendali telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom dan DiGi adalah kurang daripada tahap yang ditetapkan.
Kajian yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mendapati gelombang yang dipancarkan tidak mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.
Pengarah Pusat Penyelidikan Radiasi Frekuensi Radio Uniten, Prof Madya Dr. Md. Zaini Jamaludin berkata, ujian radiasi mendapati nilai bacaan yang diambil di kawasan aduan tidak pernah melebihi tahap bahaya, walaupun berada berhampiran menara.

Bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, Dr. Md Zaini menegaskan audit tahunan mesti dilaksanakan serta ujian mestilah dijalankan ke atas lebih banyak stesen pangkalan. Pada program yang sama, Profesor Dr Kwan-Hoong Ng, dari Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Universiti Malaya, berkata, terdapat dua jenis radiasi iaitu radiasi berion dan tak berion. 
  • Radiasi berion memiliki tenaga yang cukup untuk mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan dan memberi kesan kepanasan melampau seperti sinaran Gama dan sinaran X (X-ray). 
  • Radiasi tak berion tidak memiliki tenaga yang cukup untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup dan tidak mendatangkan kesan buruk pada manusia,
  • Apabila RF melalui badan kita, sebahagian tenaga akan diserap, sementara jumlah tenaga yang terkumpul di dalam tisu badan bergantung ke atas frekuensi radiasi. 

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Keselamatan Sinaran, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr. Pirunthavany Muthuvelu berharap orang ramai mengambil langkah berhati-hati dengan pelbagai peralatan komunikasi terutama telefon bimbit.

  • Jangan dedahkan kanak-kanak dengan telefon bimbit kerana mereka memiliki sel tisu yang sedang berkembang terutamanya di bahagian otak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan tumbesaran